Apakah Keistimewaan Daun Sireh
Keistimewaan daun sirih Oleh Siti Nadirah Hafidzin SIRIH boleh bertindak sebagai antifungus dan antiseptik. siti_nadirah@hmetro.com.my Sirih sejenis tanaman asli yang tumbuh secara menjalar atau bersandar pada batang pohon lain serta memiliki banyak manfaat untuk kesihatan, antaranya mengatasi masalah kewanitaan. Manfaat daun sirih dalam mengatasi pelbagai masalah kewanitaan sudah terbukti sejak dulu lagi. Rata-rata individu menggunakan daun sirih dalam kehidupan seharian mereka terutama bagi menjaga aspek kesihatan dan kecantikan semula jadi. Daun sirih memiliki kandungan nutrisi yang amat baik untuk tubuh, malah nutrisi itu menjadi faktor pendorong kepada tubuh badan untuk bekerja lebih baik. Ada dua jenis daun sirih iaitu sirih hijau dan merah, namun lebih ramai yang mengenali daun sirih hijau. Daun sirih mengandungi eugonol yang bersifat antifungus, juga mengandungi antiseptik yang boleh menghalang pembiakan bakteria pada kulit Berikut antara manfaat sirih: - Menghilangkan sa...